Setelah mencabar Izzaty untuk menulis di dalam bahasa melayu dan dia telah pun menunaikannya, maka tiba masanya untuk saya menulis di dalam bahasa melayu pula.
Hari ini, kawan sebilik saya ketika di kolej dulu akan datang melawat saya. Namanya Farah, dia belajar di christchurch dan dia datang ke sini bersama rakan-rakan yang lain untuk berjalan-jalan. Kalau mengikut katanya, dia akan tiba "petang-petang sikit". Saya sangat tidak sabar untuk berjumpa dengannya, kali terakhir adalah pada pengujung tahun 2006 sebelum dia terbang ke new zealand. :) Saya masih tengah berfikir apakah harus saya masak untuknya, mungkin saya hanya akan buat roti gulung sardin, tapi saya perlu ke kedai dahulu untuk membeli sardin.
Hari ini juga, Izzaty, Shufaiha, dan Nazira pergi mengikuti lawatan ke Otaki. Saya tidak pergi kerana : 1)saya malas 2)saya kedekut $8 3)saya sedang menunggu kedatangan kawan-kawan christchurch
Aktiviti lawatan mereka kedengaran seronok. Ada aktiviti memetik buah dan macam-macam lagi. Saya tahu saya rugi, tetapi hendak buat macam mana, saya memang macam ini.
Pagi tadi ketika membuang sampah, saya terserempak dengan Peachy, saya bertanya dia mahu kemana, rupa-rupanya mereka semua hendak pergi shopping di Lower hutt (Kalau tidak silap). Saya ternampak Najwa dan Carlo di luar maka saya pun pergi berbual-bual dengan mereka. Mereka sedang menunggu stevie, celine, carmelitta untuk turun. Mereka mengajak saya tetapi disebabkan saya sedang menunggu tetamu, maka saya tidak dapat ikut bersama. Oh ya, saya harus ingat bahawa malam ini saya perlu ke bilik najwa untuk memberi cerita yang ada dilaptop saya dah juga mengambil pinggan izzaty yang tertinggal di biliknya pada malam kami memakan pizza bersama-sama.
Sebut tentang malam pizza, 2 malam lepas celine, najwa dan izzaty mengajak saya memesan pizza dan makan bersama-sama. Kami telah memesan hell's pizza yang terletak dekat dengan tempat tinggal saya.
Vegetarian pizza dan pizza salmon. Kedua-duanya enak tetapi saya lebih prefer pizza salmon kerana saya tidak berapa minat sayur sayuran. Malam itu, celine juga telah bermain gitar dan saya berasa dia sangat berbakat. Kami berbual malam itu sehingga hampir satu pagi, dari hal perempuan perang, sampai ketajuk lelaki, dan kami juga membuat lawak-lawak bodoh dan bergelak bersama-sama. Selepas makan, kami telah pergi ke bilik Peachy untuk melihat rambut Carlo yang baru dipotong. Carlo kelihatan seperti budak berumur 14 tahun dengan rambut barunya itu walaupun umur sebenarnya adalah 18. Selepas pergi ke bilik Peachy, Izzaty terus terlekat di situ kerana rancangan di TV yang mereka sedang lihat menarik perhatiannya. Saya, najwa dan celine kembali ke bilik najwa untuk berbual.
Pada siang hari yang sama (sebelum makan pizza), Mark telah membawa kami berjalan menaiki gunung victoria. Tinggi sungguh dan saya telah tersilap berpakaian. Pakaian saya seperti mahu menonton wayang. Tetapi pemandangan di atas gunung victoria sangat indah, saya berasa begitu tenang dan berbaloi walaupun penat. Selepas turun dari gunung tersebut, kami pergi ke oriental bay (pantai) untuk membeli ice cream yang sangat sedap. Kami makan lunch di pantai.
Mengikut kata kawan saya, kami telah mendapat banyak pandangan pelik dari orang sekeliling, mungkin kerana satu lelaki europe sangat mesra dengan 5 perempuan muslim. Tetapi saya tidak kisah, saya suka berkawan dengan semua orang.
Sebut tentang persahabatan, saya sangat bersyukur kerana saya tidak mempunyai masalah untuk bercampur. Saya suka berkawan dengan kawan-kawan dari universiti dan juga hostel saya. Saya tahu mungkin ada yang kata saya tidak ingat kaum sendiri, tetapi pada saya, saya datang ke sini untuk bergaul dan mendapat pengalaman yang tidak ada di Malaysia. Saya masih ingat kawan-kawan saya yang setia dengan saya sejak dari dulu, dan saya juga mempunyai kawan kawan baru. Kehidupan saya sangat penuh dan seronok, Alhamdulillah.
Saya rasa banyak pula saya menulis, maka saya akan berhenti di sini dahulu. Harap tulisan saya tidak begitu rumit untuk di baca. Terima kasih jika bersabar sehingga ke hujung tulisan.
:)